About Us

Assalamualaikum

Saya Wan Rohani tetapi selalunya lebih mesra dipanggil Wan, Anie atau WanR :-)

Comel Lote Collections mula diilhamkan pada April 2009 ketika saya sarat mengandungkan baby Umar 7 bulan dan mula berjinak dalam perniagaan online menggunakan blogspot. Ketika itu saya sudahpun bergelar Working@Home Mom. Gembira dengan kehidupan ini bersama En. Anuar dianugerahkan 3 orang anak Hakim, Aiesyah & Umar.

Pengalaman paling manis ketika muncul di dalam akhbar Kosmo pada 09 Sept 2009 dan juga dimuatkan dalam Majalah Feminin & Family keluaran Feb 2010. Amat bersyukur dengan rezeki yang tidak putus selepas mendapat kepercayaan untuk dimuatkan dalam Buku Jana RM Dari Rumah

Walaupun perit meninggalkan dunia kerjaya impian sejak dibangku sekolah, ternyata perniagaan yang bermula di rumah yang saya pilih ini memberikan 1001 kepuasan yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Anak-anak menjadi ispirasi saya, suami dan keluarga adalah pendorong utama.

Comel Lote Collections telah didaftarkan di bawah SSM dengan no. pendaftaran 001962543-T, anda tidak perlu risau kerana perniagaan ini sah :-) Saya berharap anda mendapat kepuasan apabila berurusan di sini. Cadangan serta komen yang membina amat saya alukan.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pelanggan kami dan yang menyokong kami selama ini, tanpa anda siapalah kami. Untuk kenali saya dengan lebih rapat, sila ke My Blog

Wan Anie
Wan@Comellote.com

www.comellote.com.my
http://comellotecollection.blogspot.com

Thanks

Thanks for your continuous support to
Comel Lote Collection

We are highly recommend customer to sign up and purchase using ORDER FORM

Info about Cloth Diapers HERE