Menurut kajian sains, penghasilan sel otak (neuron) bermula daripada persenyawaan sehingga kandungan berumur 10 minggu pada kadar yang begitu pesat. Sepanjang masa ini, otak fetus menghasilkan 250,000 neuron setiap minit berdasarkan fakta daripada Fetal Development: What happens During The First Trimester (www.mayoclinic.com). Apabila kandungan berumur 20 minggu, lebih 200 million neurons telah dihasilkan.
Ini adalah peringkat pertama pertumbuhan otak. Oleh itu penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang kaya dengan protin untuk membantu penghasilan sel otak yang pesat.
-Petikan Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal